Bab 1
باب
الإخلاص وإحضارالنية
فى جميع
الأعمال والاقوال البارزة والخفية
Keikhlasan Dan
Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan
Yang Samar
Allah Ta'ala berfirman:
وما أمروا إلا
ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين
القيمة
"Dan tidaklah
mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus
ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan
shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang
benar." (al-Bayyinah: 5)
Allah Ta'ala berfirman pula:
لن ينال الله لحومها
ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم
"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah
daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya
ketaqwaan dan engkau sekalian." [1] (al-Haj: 37)
Allah Ta'ala berfirman pula:
قل إن تخفوا ما في
صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
"Katakanlah - wahai Muhammad [2] ,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa
yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga
oleh Allah." (ali-lmran: 29)
1- وعن
أمير
المؤمنين
أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن رزاح بن
عدى بن
لؤى ابن غالب القرشى العدوى. رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله
صلى
الله
عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن
كانت
هجرته
إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها،
أو
امرأة
ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه"
((متفق
على صحته.
رواه
إماما المحدثين: أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيرى النيسابورى
رضي
الله
عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة)).
1. Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar
bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin
Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan
disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah
menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya
itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita
yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam
hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya
Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis
iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan
Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin
Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja -
radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing yang keduanya itu adalah
seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah berhubung erat dengan
persoalan niat. Rasulullah s.a.w. menyabdakannya itu ialah kerana di antara para
sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah,
semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu
bersabda sebagaimana di atas.
Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu
yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun
sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu
sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara
terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.
Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang
berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikahwin, sedang sahabat
beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum
kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan
penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.
Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu
tidak patut sama-sekali.
Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka
pahala hijrahnya pun kosong. Lain sekali
dengan sahabat-sahabat beliau
s.a.w. yang dengan keikhlasan
hati bersusah payah menempuh
jarak yang demikian jauhnya untuk
menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya
pun besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan
keredhaan Allah dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju
pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya
adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahwa sesuatu amal itu dapat sah
dan diterima serta dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah
sengaja yang disembunyikan dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air
sembahyang atau wudhu', mandi shalat dan lain-lain sebagainya.
Perlu pula kita maklumi bahawa barangsiapa
berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah
ia mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak
melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini
orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang
berbunyi:
"Niat seseorang itu
lebih baik daripada amalannya."
Maksudnya: Berniatkan sesuatu yang tidak jadi dilakukan
sebab adanya halangan yang tidak dapat dihindarkan itu adalah lebih baik
daripada sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan, tetapi tanpa disertai
niat apa-apa.
Hanya saja dalam menetapkan wajibnya niat
atau tidaknya,agar amalan itu menjadi sah, maka ada perselisihan pendapat
para imam mujtahidin. Imam-imam Syafi'i,
Maliki dan Hanbali mewajibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa
wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam
amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan
umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan
adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam
amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap
sah.
Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri,
maka semua imam mujtahidin sependapat tidak perlunya niat itu, misalnya dalam
membaca al-Quran, menghilangkan najis dan lain-lain.
Selanjutnya dalam amalan yang hukumnya mubah
atau jawaz (yakni yang boleh dilakukan dan boleh pula tidak), seperti
makan-minum, maka jika disertai niat agar kuat beribadat serta bertaqwa kepada
Allah atau agar kuat bekerja untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi dirinya
sendiri dan keluarganya, tentulah amalan tersebut mendapat pahala, sedangkan
kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang saja, maka
kosonglah pahalanya.