25- وعن
أبي مالك الحارث بن
عاصم
الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
"الطهور
شطر
الإيمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن -أو تملأ-
ما
بين
السماوات والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك
أو
عليك.
كل الناس يغدو، فبائع نفسه فمعتقها، أو موبقها"
((رواه
مسلم)).
25. Dari Abu Malik al-Harits bin Ashim
al-Asy'ari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersuci adalah separuh keimanan dan
Alhamdulillah itu memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat
memenuhi atau mengisi penuh apa-apa yang ada di antara langit-langit dan bumi.
Shalat adalah pahala, sedekah adalah sebagai tanda - keimanan bagi yang
memberikannya - sabar adalah merupakan cahaya pula, al-Quran adalah merupakan
hujjah untuk kebahagiaanmu - jikalau mengikuti perintah-perintahnya dan menjauhi
larangan-larangannya - dan dapat pula sebagai hujjah atas kemalanganmu - jikalau
tidak mengikuti perintah-perintahnya dan suka melanggar larangan-larangannya.
Setiap orang itu berpagi-pagi, maka ada yang menjual dirinya - kepada Allah -
bererti ia memerdekakan dirinya sendiri - dari siksa Allah Ta'ala itu - dan ada
yang merosakkan dirinya sendiri pula - kerana tidak menginginkan keredhaan Allah
Ta'ala." (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Hal-hal yang perlu diperhatikan dalam Hadis
ini ialah:
(a) Bersuci yakni
menyucikan diri dari hadas dan kotoran.
(b) Memenuhi neraca kerana
sangat besar pahalanya, hingga neraca akhirat penuh dengan ucapan itu
saja.
(c) Artinya andaikata
pahalanya itu dibentuk menjadi jisim yang nampak, pasti dapat memenuhi langit
dan bumi.
(d) Shalat adalah cahaya
yakni cahaya yang menerangi kita ke jalan yang diredhai Allah. Sebab orang yang
tidak suka bersembahyang pasti hati nuraninya tertutup daripada kebenaran yang
sesungguh-sungguhnya.
(e) Sedekah yang sunnah
atau wajib (zakat) itu merupakan kenyataan yang menunjukkan bahawa orang itu
benar-benar telah melakukan perintah Allah.
(f) Al-Quran itu hujjah
(keterangan) bagimu yakni membela dirimu kalau engkau suka melakukan isinya.
Atau juga keterangan atasmu yakni mencelakakan dirimu iaitu kalau engkau
menyalahi apa-apa yang menjadi perintah Allah.
(g) Kita di dunia ini
ibarat orang yang sedang dalam berpergian ke lain tempat yang hanya terbatas
sekali waktunya. Di tempat itu kita menjual diri yakni memperjuangkan nasib
untuk hari depan seterusnya yang kekal iaitu di akhirat. Tetapi di dalam
memperjuangkan itu, ada di antara kita yang memerdekakan diri sendiri yakni
melakukan semua amat baik dan perintah-perintah Allah, sehingga diri kita
merdeka nanti di syurga. Tetapi ada pula yang merosak dirinya sendiri kerana
melakukan larangan-larangan Allah hingga rosaklah akhirnya nanti di dalam
neraka, amat pedih seksa yang ditemuinya.
0 comments:
Post a Comment