-29وعن
أبي زيد أسامة بن
زيد بن
حارثة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم وحبه وابن حبه، رضي الله
عنهما،
قال:
أرسلت بنت النبي صلى الله عليه وسلم : إن ابني قد احتضر فاشهدنا،
فأرسل
يقرئ
السلام ويقول: "إن لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل
مسمى،
فلتصبر
ولتحتسب" فأرسلت إليه تقسم عليه ليأتينها. فقام ومعه سعد بن عبادة،
ومعاذ بن
جبل، وأبي بن كعب، وزيد بن ثابت، ورجال رضي الله عنهم، فرفع إلى رسول
الله
صلى الله
عليه وسلم الصبي فأقعده في حجره ونفسه تقعقع، ففاضت عيناه، فقال سعد:
يا
رسول الله
ماهذا؟ فقال: "هذه رحمة جعلها الله تعالى في قلوب عباده" وفى
رواية :
"في قلوب من شاء من عباده وإنما يرحم الله من عباده
الرحماء"
((متفق
عليه)) .
ومعنى
تقعقع : تتحرك وتضطرب.
29. Dari Abu Zaid, iaitu Usamah bin Zaid bin
Haritsah, sahaya Rasulullah s.a.w. serta kekasihnya serta putera kekasihnya pula
radhiallahu 'anhuma, katanya: "Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita kepada Nabi
s.a.w. -bahawa anakku sudah hampir meninggal dunia, maka dari itu diminta supaya
menyaksikan keadaan kita." Kita: yakni yang akan meninggal serta yang sedang
menungguinya. Beliau lalu mengirimkan khabar sambil menyampaikan salam, katanya:
"Sesungguhnya bagi Allah adalah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia
berikan dan segala sesuatu di sampingnya itu adalah dengan ajal yang telah
ditentukan, maka hendaklah bersabar dan berniat mencari keredhaan
Allah."
Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita lagi
serta bersumpah nadanya supaya beliau suka mendatanginya dengan sungguh-sungguh.
Beliau s.a.w. lalu berdiri dan disertai oleh Sa'ad bin Ubadah, Mu'az bin Jabal,
Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Tsabit dan beberapa orang lelaki lain radhiallahu
'anhum.
Anak kecil itu lalu disampaikan kepada
Rasulullah s.a.w., kemudian diletakkannya di atas pangkuannya sedang nafas anak
itu termengah-mengah. Kemudian melelehlah airmata dari kedua mata beliau s.a.w.
itu. Sa'ad berkata: "Hai Rasulullah, apakah itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Airmata ini adalah sebagai kesan dari kerahmatan Allah Ta'ala dalam hati para
hambaNya."
Dalam riwayat lain disebutkan: "Dalam hati
siapa saja yang disukai olehNya daripada hambaNya. Hanya saja Allah itu
merahmati dari golongan hamba-hambaNya yakni orang-orang yang menaruh belas
kasihan - pada sesamanya."(Muttafaq 'alaih)
Makna Taqa'qa'u ialah bergerak dan
bergoncang keras (berdebar-debar).
0 comments:
Post a Comment