48- وعن
أبي هريرة رضي الله
عنه ، أن
رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم: أوصني، قال: "لا تغضب"
فردد
مراراً،
قال: " لاتغضب" رواه
البخاري.
48. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada
seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku." Beliau
s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi
beliau s.a.w. tetap bersabda: "janganlah
marah."
(Riwayat Bukhari)
Keterangan:
Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan Hadis
ini ialah:
(a) Orang yang bertanya
itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang
mengatakan Haritsah atau Abud Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya
demikian itu.
(b) Kita dilarang marah ini
apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri
atau hawa nafsu. Tetapi kalau berhubungan dengan hak-hak Allah, maka wajib kita
pertahankan sekeras-kerasnya, misalnya agama Allah dihina orang, al-Quran
diinjak-injak atau dikencingi, alim ulama diolok-olok
padahal tidak bersalah dan lain-lain sebagainya.
(c) Yang bertanya itu
mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun
beliau tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar
manfaat dan faedahnya. Cubalah kalau kita ingat-ingat, bahawa timbulnya semua
kerosakan di dunia ini sebahagian besar ialah kerana manusia ini tidak dapat
mengekang hawa nafsu dan syahwatnya, tidak suka menahan marah, sehingga
menimbulkan darah mendidih dan akhirnya ingin menghentam dan membalas
dendam.
0 comments:
Post a Comment